Sabtu, 28 Disember 2013

Kenali Jenis Pisang

Gambar 1
  Gambar 1 menunjukkan gambar pisang awak yang telah masak. Pisang awak boleh di goreng dan memang sedap rasanya. Ia juga antara yang terlaris dijual kerana peniaga akan mencari pisang awak selain pisang nipah dan nangka.









Gambar 2
   Gambar 2 pula menunjukkan pisang lilin yang masih muda pada pokoknya. Pisang lilin jarang di tanam kerana permintaan yang kurang serta jarang di perolehi anak benihnya.















Gambar 3
   Gambar 3 adalah gambar pisang raja udang yang mana lain dari pisang lain. Ia mempunyai warna merah pekat dan manis rasanya. Semakin ramai yang tidak mengenali jenis pisang ini kerana ia kurang komersial.











Gambar  4
    Gambar 4 adalah pisang berangan. Pisang berangan mempunyai permintaan yang tinggi kerana sering di jadikan pencuci mulut jika di gerai, restoran dan majlis-majlis. Pisang berangan di jual dengan harga antara RM 3.00 - RM 4.00 sekilo mengikut saiz dan beratnya. Ia amat manis dan sedap di makan begitu sahaja.






Gambar 5


   Gambar 5 menunjukkan pisang nipah dengan berat melebihi 60 kg. Ia di datangkan dari Perak ke negeri Johor ini. Amat besar dan permintaan paling tinggi kerana ia bahan utama bagi peniaga di tepi jalan dan warung-warung sekitar. Pisang nipah juga di kenali sebagai pisang ambun atau pisang abu. Mempunyai kulit tebal dan jika ingin merasa kelainan boleh cuba merebus pisang nipah muda dan cicah bersama gula. selain itu boleh juga di masak pengat bersama ubi kayu.









Gambar 6

Gambar 7

       Pisang nangka di dalam gambar 6 ini adalah pisang yang sesuai untuk di goreng kerana sudah matang. Pisang ini juga boleh di goreng dan di buat dan di buat pengat.










    Gambar terakhir ini adalah pisang tanduk yang mendapat permintaan tinggi dari pembuat kerepek. Ia adalah yang kedua tertinggi permintaannya selepas pisang nipah. Dijual dengan harga RM 4.00 sekilo, anda boleh mendapatkannya di kedai kami.......








Sekian dulu pengenalan pisang hari ini.. sebarang maklumat lanjut akan kami up date kemudian. jika ada pertanyaan atau ingin membeli jenis pisang di atas (kecuali pisang raja udang) boleh hubungi talian 012 -792 4215.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan